hati makin jauh ketika marah ?
Suatu
hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika
seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau
berteriak?”
Seorang
murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab,
“Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
Hampir
semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut
mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka
guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak
antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran
mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian,
mereka harus berteriak.
Namun
anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi
marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka
menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih
kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka
tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut
mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun,
kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka
kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani
memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak
berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata
saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
Ketika
kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak.
Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati
diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara
yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.
No comments:
Post a Comment